E-Hailing Vehicle Permit (EVP)
Sign up online je, santai saja.
Apa Itu EVP?
EVP adalah permit rasmi yang diperlukan untuk setiap kenderaan yang digunakan dalam perkhidmatan e-hailing. Ia memastikan kenderaan tersebut memenuhi standard keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan membuktikan bahawa pemandu beroperasi secara sah.
Keperluan Untuk Memohon EVP
-
Pendaftaran PSV (Public Service Vehicle):
- Pemandu perlu memiliki lesen PSV yang sah.
- Umur minimum untuk memohon PSV adalah 21 tahun.
- Menghadiri kursus teori PSV selama 6 jam di pusat latihan yang diiktiraf.
-
Kenderaan Yang Mematuhi Syarat:
- Kenderaan tidak melebihi usia 15 tahun dari tarikh pembuatan.
- Insurans kenderaan mesti merangkumi liputan untuk kegunaan e-hailing.
-
Dokumen Sokongan:
- Salinan kad pengenalan dan lesen memandu.
- Salinan sijil pemilikan kenderaan (VOC).
- Bukti alamat terkini, seperti bil utiliti.
Aliran Proses
EVP APPLICATION
PROCESSING IN 5
WORKING DAYS
WORKING DAYS
APPROVED
REJECTED
Selepas dokumen berjaya disahkan, permohonan EVP yang layak akan diproses dalam sistem APAD oleh Grab, dan ia akan mengambil masa lebih kurang 5 hari bekerja untuk diluluskan.
Proses Pemohonan EVP Terperinci
1. Pendaftaran
Mengisi Borang dan Penyerahan.
2. Latihan
Mendapatkan lesen PSV & Menjalani Latihan Platform.
3. Pengesahan
Penyemakan dokumen untuk ketepatan maklumat.
4. Proses Luar Talian
Permohonan EVP & Semakan latar belakang.
5. Pengaktifan Akaun
Pengisytiharan kenderaan untuk perkhidmatan E-Hailing di JPJ.
Grab Hub Shah Alam


Apa Kata Pelanggan Tentang Perkhidmatan Kami
[trustindex no-registration=google]