Syarat Kelayakan Rider GrabFood
Untuk mendaftar sebagai rider GrabFood melalui Grab Hub Shah Alam, pastikan anda memenuhi semua syarat kelayakan di bawah. Ini adalah garis panduan rasmi yang wajib dipatuhi sebelum akaun GrabFood Rider boleh diaktifkan.
1. Umur Minimum
Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh permohonan.
2. Lesen Memandu / Motorsikal
- Mempunyai lesen memandu Moto (B2/B Full) yang sah.
- Lesen percubaan atau tamat tempoh tidak diterima.
3. Kenderaan
- Motorsikal mestilah dalam keadaan baik dan selamat untuk operasi.
- Motorsikal berusia tidak lebih dari 10 tahun digalakkan.
- Motorsikal mesti mempunyai insurans aktif (termasuk e-hailing jika diminta).
4. Kewarganegaraan
Terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap (MyPR) sahaja.
5. Telefon Pintar
Pemohon perlu memiliki telefon pintar dengan sambungan internet stabil untuk mengakses aplikasi Grab Driver.
6. Kesihatan & Fizikal
Rider mestilah sihat secara fizikal dan mental untuk memastikan keselamatan semasa penghantaran.
7. Akaun Bank
Mempunyai akaun bank aktif atas nama sendiri untuk pembayaran komisen GrabFood.
Dokumen Diperlukan untuk GrabFood
Profil Foto

Kad Pengenalan (MyKad)

Lesen Memandu P atau Penuh

Roadtax

[trustindex no-registration=google]